Jumaat, 21 November 2008


Artis Ini Bakal Menjadi Duta Syarikat


TOKO KESIHATAN & KECANTIKAN GEMILANG

Seorang anak gadis kelahiran negeri selangor, berusia 22 tahun yang bakatnya telah mula digilap seawal usia 5 tahun.Beliau telah didedahkan dengan banyak pertandingan nyanyian bagi mencari pengalaman dan menimba ilmu bagi mematangkan serta memperbaiki mutu nyanyian dan persembahannya. Minat dan kesungguhan dalam bidang seni mendorong beliau untuk mencuba pelbagai jenis muzik bukan saja lagu-lagu moden malah beliau juga turut
mempelajari lagu-lagu asli melayu, dan terus menjinakkan diri dalam pertandingan
lagu-lagu irama melayu asli sehingga peringkat kebangsaan.

Beliau mengikuti pertandingan nyanyian sehinggalah bakat beliau diakui oleh komposer terkenal Adnan Abu Hassan pada tahun 2000. Namun kerana masih dibangku sekolah serta masih belum bersedia terjun ke dunia yang lebih mencabar,beliau menyimpan hasratnya untuk satu masa yang lebih sesuai. Setelah menjadi 'artis pertandingan' selama 11 tahun,beliau tekad untuk maju setapak lagi.

Pada penghujung tahun 2002, beliau mendalami bidang nyanyian dengan memasuki
kelas vokal bersama Adnan Abu Hassan. Tidak sampai beberapa bulan,beliau telah diberi kepercayaan untuk menjayakan showcase bersama pemain piano terkemuka Amerika Syarikat, Jim Brickman. Di sinilah bermulanya langkah pertama Arnieza sebagai seorang artis dan terus memperjuangkan bakatnya dengan lebih serius.

Arnieza yang dulunya bernaung di bawah syarikat rakaman Zezz Entertainment,
sempat melahirkan satu mini album "Cinta Seribu Erti" dan satu album penuh "Kembali
Di Sisi".
Album yang berkonsepkan pop balada ini juga mengandungi lagu duet bersama Bob AF "Tak Kusangka" dan sebuah lagu Inggeris(cover version) bertajuk "I Like".
Dalam sejarah perjalanan seninya,telah banyak suka duka ditempuhi dan pencapaian yang dimiliki beliau. Antaranya, beliau pernah mewakili Malaysia bagi menjayakan
"Food and Cultural Fest" di Dubai semperna mempromosikan Malaysia.

Setelah kejayaan showcase Jim Brickman,beliau sekali lagi mendapat peluang untuk berduet bersama artis antarabangsa iaitu Jeff Timmons(98 Degrees). Proses rakaman 2 buah lagu duet iaitu "Be The One" dan "Over And Over" dilakukan di American Studio,Los Angeles pada tahun 2004. Kedua-dua buah lagu ini telah dimuatkan dalam album solo Jeff Timmons bertajuk
"Whisper That Way".

Setelah percubaan menempatkan diri dalam industri tempatan tidak begitu mengalakkan, beliau hilang dan sepi dari lapangan seni. Namun,sepi tidak bermakna terkubur impian dan cintanya terhadap bidang ini. Satu jiwa yang masih punya rasa yang ingin dikongsi seluasnya...mengharap peluang dan ruang bagi jiwa dan karya bersatu.

Beliau mengabadikan setiap detik waktu bagi meneruskan minat..lalu mewujudkan rasa dalam baris-baris kata menjadi lagu.. Dengan tekad dan usaha juga sokongan daripada insan-insan yang masih punya rasa percaya..kini Arnieza kembali mempertaruhkan cintanya yang telah dihimpun dan disatukan dalam sebuah cd buat penggemar dan pencinta seni seluruhnya..

..ARNIEZA..

Album baru (belum ada dipasaran) yang berkonsepkan experimental muzik ini memuatkan 4 buah lagu..

"Dunia Cintaku", "Mistiknya Cinta", "Masriee Jiwa" dan "Dunia Cintaku" versi akustik..


Lapangkan jiwa dan hayatilah karya ini.... ..Semoga terhibur..

Home Back to Top